• Petua merawat kenan gatal

    last week tengok keyword ade org search "bomoh gatal"
    haipppp hahah..
    mesti sebab pernah tulis entry kenan adik hana tu kot..
    by the way setakat hari ini adik hana dah tak gatal2 lagi, Alhamdulillah..
    meh kita senaraikan ilmu merawat kenan yg kita dah cuba,,

    1) Petua dari nenek
    Bangun pagi, mami tekan ibu jari ke lelangit lepas tu golek2 kat ibu kenan sambil selawat 7 kali dan doa minta Allah sembuhkan kenan adik hana. 
    2) Petua dari rakan blog
    Baca dari surah Al -Baqarah,ayat 243
    dekat "ulufun" tu ulang 3 kali.(saya baca sampai hadzaralmaut) sambil buat gaya cubit buang ibu kenan dan doa minta Allah sembuhkan kenan. 
    3) Bawak pegi jumpa bomoh kenan
    Dekat kg tokpa ade bomoh kenan nama pak adik. Pak adik guna minyak masak golek2 dekat ibu kenan sambil selawat (7 kali kot sbb kejap je) 
    4) Mandikan dengan CMD dan sapu dengan herbal blend Shaklee.

    Rawatan yang memberi kesan paling signifikan adalah lepas jumpa pak adik.
    Lepas tu adik hana dah x menggaru langsung dah,,
    huwaaa Alhamdulillah..
    Apa beza petua lain same je kenapa yg lain x memberi kesan?
    Satu je beza yg mami dapat rumuskan
    TAHAP KEYAKINAN SI PEMBUAT
    mami yakin level budak darjah satu, pak adik yakin level phd..
    hihih

    selamat mencuba ye kepada yg google cari petua rawat kenan tu ☺
    kalau nak cuba bt sendiri, buat dengan yakin level phd yeahh..

3 comments:

  1. Kakzakie said...

    Oh ada kenan gatal kakak tak tahu Imm..

  2. betul..yakin tu penting.. after all.. kita berusaha.. Allah yang sembuhkan.. ayah akak kalau ada sakit bisul ke apa, dengan selawat pun jadi.. apa yang penting kita kena yakin.. apa pun.. alhamdulillah adik hana dah tak menggaru..

  3. Nastyna said...

    haippp!!!! bomoh gatal merata ada. so far tak terkenan lagi, touchwood.

Post a Comment