• PENGETAHUAN AM : SELENIUM


    Sapa yang masa sekolah amek subjek kimia mesti pernah jumpa unsur ni. Dalam jadual berkala, selenium adalah unsur ke-34. Selenium adalah unsur bukan logam yang terdapat dalam tanah.Xplen banyak2 part ni pun mcm x seronok pulak kan..

    So, yang seronok ialah bahagian apekah kepentingan selenium kepada kesihatan kita.

    Kepentingan Selenium

    Selenium adalah cofactor, masa sekolah dulu kita sebut pemangkin untuk tindakbalas enzim antioksidan. Untuk menjalankan tindakbalas pengoksidaan, enzim2 memerlukan selenium untuk menjalankan tindakbalas tersebut.

    Untuk apa tindakbalas pengoksidaan ni? Akibat dari pencemaran, bahan kimia dalam makanan dan pelbagai faktor lagi, banyak radikal bebas akan terbentuk dalam badan kita. Radikal bebas akan menyerang membran sel dan menyebabkan membran sel pecah lalu merosakkan sel dan menyebabkan terjadi pelbagai penyakit.

    Untuk melindungi sel, Allah dah cipta beberapa jenis enzim antioksidan dalam badan kita ni. Enzim2 ini memerlukan cofactor dan penderma elektron untuk berfungsi. hihi makin bnyak chemistry term yang keluar. insyaAllah saya akan huraikan satu persatu dalam entry masing2 ye.

    Selenium juga dibuktikan dapat mengurangkan risiko kanser prostat.

    Kesan kekurangan selenium

    Selenium termasuk dalam kategori micronutrient, diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Keperluan harian selenium mengikut Tolerable Upper Intake Level hanyalah tidak melebihi 400 microgram sehari.

    Kesan kekurangan selenium jarang direkodkan. Namun begitu, kekurangan selenium dikatakan boleh mengurangkan keberkesanan enzim antioksidan bertindak ke atas radikal bebas.

    Kesan ketoksikan selenium

    Pengambilan selenium yang berlebihan boleh menyebabkan ketoksikan dalam badan juga tau.So, setiap kali mengambil selenium dalam bentuk supplement, pastikan anda ikut dose yang ditetapkan. Pengambilan selenium melebihi 400 microgram sehari boleh dikatakan sebagai overdose.

    Pengambilan selenium yang melebihi 800 microgram sehari boleh menyebabkan penyakit selenosis. Pengamvilan selenium yang berlebihan juga boleh menyebabkan nafas berbau, demam, pening, masalah hati ,jantung, dan buah pinggan. Selenium berlebihan juga dikaitkan dengan kanser kulit dan diabetis.

    Dos yang disarankan


    kandungan selenium dalam vita E complex Shaklee hanya 65 microgram.Pengambilan satu kapsul sehari sudah cukup untuk memenuhi keperluan selenium harian

    okeii habis pasal selenium. jika ada pertanyaan lanjut ala2 student x faham nak soh cikgu explen lagi, boleh tanya kat kotak komen ye.hihih

    semoga bermanfaat, insyaAllah. jyasss

    imm, shaklee independent distributor,
    017 9191 671

0 comments:

Post a Comment