• Info kesihatan : Bagaimana untuk makan bila anda hamil (Bahagian 7)

    Tip 7 : Pengambilan supplement ketika hamil


    Pengambilan makanan yang sihat dan bernutrisi adalah penting jika anda hamil. Namun begitu, terdapat juga bakal ibu yang mengalami alahan yang teruk sehinggakan tidak boleh makan dengan sempurna dan akibatnya tidak mendapat bekalan nutrisi yang mencukupi untuk diri sendiri dan kandungannya. Selain itu, kesibukan bekerja mengakibatkan bakal ibu tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan makanan sihat.
    Dalam situasi ini, ibu hamil sangat digalakkan mengambil supplement agar dapat membekalkan nutrisi penting kepada diri dan kandungan.

    Apakah supplement utama yang perlu diambil ketika hamil?
    • Asid folik - Asid folik membantu perkembangan saraf bayi di awal kandungan. Pengambilan asid folik juga boleh mencegah kecacatan otak dan saraf tunjang bayi. Saraf tunjang bayi terbentuk dalam tempoh 28 hari selepas persenyawaan ovum dan sperma berlaku, (sebelum si ibu menyedari bahawa dirinya hamil). Oleh itu, disarankan kepada ibu yang bercadang untuk hamil agar mengambil bekalan asid folik setiap hari walaupun anda belum disahkan hamil.
    • Zat besi - Membantu sel darah merah mengedarkan oksigen kepada ibu dan bayi. Selain itu, sistem pengaliran darah merah juga membawa nutrient dari ibu kepada bayi. Mencegah anemia dan masalah hemoglobin rendah di kalangan ibu hamil.
    • Kalsium - Kalsium diperlukan untuk membina sistem tulang bayi. Apa yang lebih penting, pengambilan kalsium yang mencukupi membantu mencegah kerosakan tulang dan gigi ibu. 
    • Vitamin C - Vitamin C membantu mengekalkan kesihatan kulit ibu dan membina sel bayi. 
    • Vitamin D - Vitamin D membantu penyerapan kalsium oleh tulang untuk membina tulang yang kuat dan sihat.
    • Vitamin B Kompleks - Membantu mengurangkan stress dan perubahan mood pada ibu hamil. Pengambilan vitamin B kompleks juga mencegah anemia.
    Tanda kekurangan vitamin dan mineral pada ibu hamil


    Perubahan-perubahan kecil pada kulit, rambut dan kuku adalah normal pada ibu hamil. Namun begitu, perubahan yang serius boleh dijadikan sebagai petunjuk bahawa ibu hamil kekurangan vitamin dan mineral tertentu.
    • Kekurangan zat besi - anemia, masalah hb rendah, ibu keletihan dan tidak bermaya, pucat, mudah pening dan pitam
    • Kekurangan kalsium dan vitamin D - sakit sendi dan tulang, kekejangan terutama pada otot kaki, tidur yang tidak lena, sakit gigi
    • Kekurangan vitamin C - kulit kusam, kering dan menggelupas, gusi berdarah
    • Kekurangan vitamin B kompleks - anemia, pening dan pitam, stress dan mood tidak menentu
    Sesetengah vitamin dan mineral boleh menambahkan mual dan loya kepada ibu hamil. Oleh itu, ibu hamil disarankan supaya memilih supplement yang bersesuaian agar mendapat manfaat sepenuhnya dari pengambilannya.

    Baca topik berkaitan
    Bagaimana untuk makan bila anda hamil (Bahagian 6)

1 comments:

Post a Comment