• Info kesihatan : Bagaimana untuk makan bila anda hamil (Bahagian 5)


    Tip 5 : Makanan yang harus dielakkan bila hamil

    Mengambil makanan yang sihat adalah sangat penting ketika hamil untuk mencegah jangkitan dan penyakit yang tersebar dari makanan. Jangkitan dari makanan bukan sahaja memudaratkan ibu, malah memberi kesan negatif kepada bayi yang dikandung.

    Makanan yang harus dielakkan ibu hamil ialah

    1) Makanan diproses

    Perlu dielakkan kerana mengandungi bahan kimia yang boleh memberi kesan dehidrat dan sakit kepala kepada ibu.
    • Daging proses seperti daging burger, bebola ayam, bebola ikan
    • Makanan yang mengandungi MSG seperti makanan ringan, mee segera
    • Makanan segera 
    2) Makanan yang diawet dan ditin

    Proses pengawetan makanan menggunakan nitrat yang tinggi sebagai bahan pengaktif, nitrat boleh menyebabkan gangguan penyerapan oksigen di dalam darah.

    • Buahan dan sayuran di dalam tin
    • Jeruk buahan dan sayuran 
    3) Minuman berkafein

    Kafein yang terkandung di dalam kopi dan teh boleh mengganggu penyerapan zat besi di dalam badan. Jadi minuman ini perlu dikurangkan sepanjang tempoh kehamilan. Manakala minuman berkarbonat pula harus dielakkan sepenuhnya kerana kandungan gula yang tinggi boleh mengakibatkan risiko kencing manis. Alkohol, 100% dielakkan.

    4) Makanan yang tercemar

    Makanan tercemar boleh menyebabkan keracunan makanan yang serius pada manusia, lebih-lebih lagi pada ibu hamil. Simptom cirit-birit biasanya menyerang ibu hamil dengan kadar "lebih dari biasa". Ibu hamil akan lebih cepat terhidrat berbanding biasa. Oleh itu ibu hamil disarankan memilih makanan yang bersih dan segar untuk mengelakkan diri dari terkena keracunan makanan.

    Jenis-jenis bakteria dan kuman yang boleh disebarkan melalui makanan
    • Listeriosis - bakteria bawaan binatang yang boleh disebarkan melalui keju kambing, coleslaw dalam tin, makanan yang disejukkan dengan tidak sempurna, daging yang tidak dimasak sempurna. Basuh tangan dengan sempurna selepas menyentuh binatang seperti biri-biri, kambing dan lembu.
    • Salmonella - bakteria bawaan ayam. Elakkan dari memakan ayam yang tidak dimasak sempurna dan telur ayam mentah.
    • Toxoplasmosis - Parasit bawaan kucing dan anjing. Boleh menyebabk kecacatan bayi dalam kandungan. Basuh tangan dengan sempurna selepas mengendalikan binatang seperti kucing atau anjing.

0 comments:

Post a Comment