• Info kesihatan : Bagaimana untuk makan bila anda hamil (Bahagian 4)

    Tip 4 : Makanan untuk ibu hamil yang bekerja


    Ibu hamil yang bekerja biasanya mengalami kesukaran untuk mengamalkan gaya makan yang sihat. Ibu terlalu fokus untuk menyiapkan tugasan atau terpaksa menghadapi mesyuarat yang panjang sehinggakan ibu hamil tidak mempunyai masa untuk makan!

    Oleh itu, ibu hamil disarankan untuk sentiasa membawa stok "makanan segera" yang sihat dan bernutrisi untuk kudapan anda di kala melakukan tugasan pejabat.

    Di dalam laci meja, ibu hamil sepatutnya mempunyai


    • Biskut, roti bijirin penuh
    • Buahan kering seperti kismis, kurma, aprikot
    • Kekacang seperti badam, gajus dan berangan
    • Hirisan buahan atau sayuran segar
    • Uncang teh dan kopi tanpa cafein
    • Susu tepung berkalsium tinggi
    • Sebotol jus atau susu segar tanpa pemanis
    Bagi ibu hamil yang sentiasa mempunyai tugasan luar, pastikan makanan ini juga sentiasa ada di dalam handbag anda.

    Lebih menyenangkan jika pejabat anda mempunyai peti sejuk. Anda boleh menyimpan makanan berikut sebagai persediaan jika anda terpaksa bekerja lebih masa!
    • Plain yogurt, cheese
    • Telur rebus
    • Buah-buahan atau sayuran seperti epal, lobak merak, tomato
    • Roti bijirin penuh
    • Susu segar
    baca lagi info di entry seterusnya ye
    Bagaimana untuk makan bila anda hamil (Bahagian 5)
     
    baca entry lain yang berkaitan

1 comments:

Post a Comment