• PETUA MEMUTIHKAN GIGI

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Sebesar2 ikan paus di lautan tu, mereka umumnya takde gigi tau. Jenis spisis yang bergigi tu pun hanya mempunyai beberapa batang gigi yang boleh dikatakan tidak berfungsi sebagai pengunyah makanan, tetapi lebih kepada daya penarik terutamanya ketika musim mengawan.

    Ikan paus mempunyai barisan “baleen” – struktur macam sikat yang berbulu. Baleen terbina dari keratin, bahan yang terdapat dalam rambut dan kuku manusia. Ikan paus menyedut air berisi makanan dengan banyak dan baleen akan bertindak menyekat makanan dari keluar ketika ikan paus mengeluarkan air dari mulutnya. Macam pagar, boleh masuk tapi sori ye, takleh keluar.

    Senang la ikan paus tak payah gosok gigi.haha.. kita manusia yang ada gigi ni, jom kita baca beberapa petua yang boleh digunakan untuk menjadikan gigi putih bersinar senyum blink2 silau orang tengok.

    1) Berus gigi setiap hari 3 kali sehari -

    Ini adalah petua nombor satu ye. Wajib buat takboleh tinggal untuk mendapatkan gigi bersinar. Seeloknya selepas gosok gigi, berkumur pulak dengan mouthwash, kerana gosok sahaja tidak berupaya menyingkirkan bakteria pada lidah dan bahagian dalam pipi.
    2) Baking soda -

    Campurkan sedikit baking soda ke dalam ubat gigi ketika memberus gigi. Jadikan amalan insyaAllah gigi akan putih berseri sehingga hujung nyawa.gituuu

    3) Elakkan merokok dan minuman berkafein -

    Nikotin dan kafein adalah agen penguning gigi yang utama, jadi elakkan merokok, takpayah minum kopi nescaffe dah lepas ni.huhu

    4) Makan buahan dan sayuran –

    Serat pada buahan dan sayuran secara tidak langsung akan menggosok gigi semasa mengunyahnya. Selain itu dengan mengunyah buahan dan sayuran akan meningkatkan pengeluaran air liur yang boleh membantu membersihkan mulut secara semula jadi.

    5) Minum banyak air –

    Air akan membantu membersihkan sisa2 makanan yang tertinggal di dalam mulut.

    6) Gosok gigi dengan kulit limau nipis dan dicampur dengan arang.

    7) Berkumur dengan jus lemon yang dicampur dengan garam.

    8) Menggunakan ubat gigi pemutih macam iklan colgate yang ade fazura baju merah tu.

    9) Jumpa doctor gigi 6 bulan sekali dan kalau ada bajet lebih, boleh mintak “cuci gigi” juga. Cuci gigi kot istilah medic ape ye?hihi xtau :p

    Okei itu untuk gigi putih bersinar. Nak kuatkan gigi pulak macam mana? Consumelah kalsium. Kalsium yang selalu kita dengar mestilah dari susu dan produk tenusu macam dadih, cheese, yogurt dan sebagainya. Selain dari produk tenusu, boleh ambil pil kalsium juga (macam saye heheh)
    Pil kalsium pun banyak dijual kat farmasi. Nak beli dari saya pun ade. Saya jual tablet kalsium Shaklee atau nama komersial dia OSTEMATRIX. Nak kenal dengan ostematrix? Jom klik sini

    jya ne, mata

    imm, shaklee independemt distributor pasir mas, kelantan

0 comments:

Post a Comment