• ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD): Attention Deficit Hyperactivity Disorder:

    Simptom ADHD

    Simptom-simptom ADHD termasuk kurang memberi
    perhatian, hiperaktif dan impulsiviti iaitu melakukan
    sesuatu tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Kelakuan
    ini dilakukan oleh hampir semua kanak-kanak dan akan
    beransur hilang dengan peningkatan umur, namun kanak-
    kanak yang didiagnos dengan ADHD melakukan kelakuan
    ini secara berterusan dan tidak selari dengan peningkatan
    umur mereka.

    Orang dewasa juga boleh mengalami ADHD. Jika
    seseorang dewasa mengidap ADHD, simptomnya adalah
    pelbagai. Mereka tidak akan bersikap hiperaktif seperti
    kanak-kanak, namun mereka boleh menjadi terlalu kuat
    “bekerja” sehingga tiada langsung rehat, kurang
    perhatian di tempat kerja, tidak dapat menyelesaikan
    kerja yang diberi dan sebagainya. Orang dewasa dengan
    ADHD selalunya mempunyai masalah dalam komunikasi
    harian dan masalah di tempat kerja kerana mereka
    bermasalah untuk mengawal emosi dalam sesuatu
    keadaan.

    Jenis-jenis ADHD

    Terdapat tiga jenis ADHD yang utama :


    Combined ADHD (jenis utama), mempunyai kedua-dua simptom, kurang memberi perhatian dan hiperaktif/impulsiviti
    • Inattentive ADHD (dikenali juga sebagai ADD), mempunyai kurang perhatian dan fokus ketika melakukan sesuatu.
    • Hyperactive-impulsive ADHD, sangat hiperaktif dan melakukan sesuatu tanpa sebab khusus.

    Simptom-simptom ADHD

    Simptom ADHD terbahagi kepada tiga kategori :

    1. Kurang memberi perhatian - Kriteria ini mungkin tidak jelas kelihatan sehingga kanak-kanak tersebut memasuki alam persekolahan. Bagi orang dewasa, simptom ini boleh dilihat melalui cara kerja dan perhubungan sosialnya. Seseorang yang didiagnosis dengan ADHD mungkin mempunyai sebahagian atau semua simptom berikut:
    1. Impulsiviti 
    2. Hiperaktif : Jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kecil sehingga kanak-kanak berusia hampir 7 tahun






    • Sukar untuk memberi perhatian kepada maklumat yang diterima dan cenderung untuk melakukan kecuaian dalam menyiapkan kerja rumah atau aktiviti lain. Hasil kerja yang disiapkan selalunya tidak sempurna dan comot.
    • Mudah tertarik kepada benda lain yang selalunya tidak diendahkan oleh orang lain seperti bunyi bising kereta di jalan raya dan lebih berminat untuk memerhatikan keadaan tersebut berbanding menyiapkan tugasan yang diberi.
    • Tidak boleh menetapkan perhatian dan fokus terhadap tugas dan aktiviti yang sedang dilakukan.
    • Kesukaran untuk menyiapkan kerja sekolah atau tugasan yang memerlukan konsentrasi.
    • Meninggalkan aktiviti yang sedang dilakukan untuk melakukan aktiviti lain yang lebih menarik perhatian, namun akhirnya semua aktiviti tersebut tidak disiapkan dengan sempurna.
    • Lebih berminat melakukan kerja yang kurang penting dahulu(kerana dirasakan lebih senang) dari menyiapkan kerja yang lebih penting dan perlu disiapkan segera.
    • Tabiat kerja yang sangat tidak tersusun.
    • Terlupa aktiviti harian (contohnya terlupa menghadiri mesyuarat, terlupa untuk membawa buku latihan sekolah)
    • Sentiasa gagal untuk menyiapkan kerja sekolah dan tugasan yang diberi.
    • Sentiasa menukar topik perbualan secara tiba-tiba, tidak mendengar kepada orang lain, tidak mengambil perhatian ketika berbual, dan tidak mengikut arahan yang diberikan.




    1. termasuklah
    Menggeletar dan menggoyangkan badan ke kiri
    dan kanan ketika cemas.
    Sentiasa bangun dari tempat duduk, berjalan ke
    sana sini atau berlari.
    Berlari dan memanjat di mana-mana sahaja.
    Sukar untuk bermain permainan yang santai
    atau memerlukan fokus.
    Sentiasa dalam keadaan ‘on the go’
    Bercakap dengan suara yang kuat dan nada
    yang tinggi.
    Simptom hiperaktif adalah berbeza mengikut peringkat
    umur.
    Kanak-kanak berusia satu hingga 6 tahun cenderung
    sentiasa bergerak, memanjat dan melompat di atas
    perabut, dan bermasalah untuk menyertai aktiviti yang
    memerlukannya duduk tetap di atas kerusi. Mereka juga
    bermasalah untuk mendengar cerita.
    Kanak-kanak tang telah memasuki alam persekolahan
    pula menunjukkan simptom yang sama tetapi dengan
    kadar yang berkurangan. Mereka sukar untuk sentiasa
    duduk di tempat mereka, selalu menggoyang-goyangkan
    badan dan berbual dengan suara yang kuat.
    :
    Tidak sabar.
    Sukar untuk respon.
    Memberi jawapan spontan sebelum sesuatu
    soalan habis dibacakan.
    Sukar untuk menunggu giliran.
    Sentiasa mencelah perbualan dan tidak mahu
    mendengar pendapat orang lain dalam
    persekitaran kerja.
    Memulakan perbualan dengan topik yang
    kurang sesuai pada masa yang kurang sesuai.
    Kanak-kanak dengan ADHD berkecenderungan untuk
    melakukan aktiviti yang berbahaya tanpa memikirkan
    kesan, contohnya memanjat dengan posisi yang
    berbahaya.
    Simptom ini juga berlaku dari masa ke masa bagi kanak-
    kanak normal mengikut kesesuaian umur, namun bagi
    kanak-kanak yang mengidap ADHD, tingkah laku ini
    berlaku berterusan dan di mana-mana sahaja samada di
    rumah, di sekolah dan di tempat awam. Mereka juga tidak
    boleh bertindak mengikut kesesuaian umur mereka.
    Pakar akan mengesahkan seseorang itu menghidap ADHD
    jika tingkahlaku yang menjurus kepada ADHD dilakukan
    secara berterusan, di mana sahaja, dalam masa
    sekurang-kurangnya 6 bulan.
    Kesan ADHD untuk jangka masa panjang
    Hampir 20% hingga 30% kanak-kanak yang menghidap
    ADHD mempunyai masalah pembelajaran dan tidak dapat
    dipulihkan dengan rawatan biasa yang dilakukan untuk
    merawat ADHD. Hiperaktif dikaitkan dengan
    perkembangan masalah lain iaitu “distruptive disorder”
    dimana penghidap menjadi panas baran, dan cenderung
    untuk mnjadi ganas dan membahayakan kanak-kanak
    lain. Kenapa ini terjadi masih menjadi isu penyelidikan.
    Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ADHD
    menghadapi masalah besar di sekolah. Mereka
    bermasalah untuk mengikuti pelajaran dan tidak berminat
    untuk meneruskannya. Apabila mereka dewasa, mereka
    juga akan bermasalah dalam meneruskan kerjaya
    mereka.
    Kekurangan perhatian terhadap sesuatu boleh berterusan
    sehingga kanak-kanak itu dewasa, namun hiperaktif akan
    berkurangan apabila umur meningkat. Individu yang
    menghidap ADHD akan mengalami kemurungan dan sifat
    rendah diri sejak kecil dan sifat ini akan berterusan
    sehingga mereka dewasa.
    Beberapa simptom ADHD akan menjadi semakin buruk
    apabila kanak-kanak/dewasa tersebut menempuh
    kehidupan sosial seperti :
    Kesukaran mengikut arahan
    Ruang kerja yang sangat tidak terurus samada
    di sekolah mahupun di rumah.
    Menggigil dengan serius terutamanya ketika
    cemas.
    Bercakap terlalu banyak dan tiada topik
    tertentu.
    Gagal untuk menyiapkan tugas yang diberikan.
    Tidak memberi perhatian dan respon yang betul
    terhadap sesuatu maklumat.
    Ketinggalan dalam matapelajaran di sekolah.
    Terasing kerana tidak dapat menyesuaikan diri
    di kalangan rakan sebaya dan menyebabkan
    kemurungan

0 comments:

Post a Comment