• Pengetahuan am : Asid lemak Omega-3

    Apakah Asid lemak Omega-3?

    Asid lemak Omega-3 merujuk kepada kumpulan lemak iaitu ALA(sumber dari tumbuhan), EPA dan DHA (sumber dari hidupan laut). Omega-3 adalah essential fatty acids, bermaksud ia tidak boleh dihasilkan oleh sistem tubuh manusia dan manusia perlu mengambilnya dari sumber tumbuhan dan haiwan lain. Ikan laut dalam boleh menghasilkan ALA, EPA, dan DHA dengan baik. Asid lemak Omega-3 adalah lemak asid tidak tepu yang sangat diperlukan oleh badan manusia.

    Kelebihan lemak asid Omega-3 terhadap kesihatan.

    Lebih dari 4500 penyelidikan dibuat terhadap kesan asid lemak Omega-3 terhadap kesihatan sejak 25 tahun yang lepas.

    - Blood fat [triglycerides]/Lemak dalam darah.

    Menurut beberapa penyelidikan yang dilakukan, minyak ikan boleh menurunkan tahap triglyseride(sejenis lemak dalam darah). Kandungan triglyseride yang tinggi dalam darah akan meningkatkan risiko penyakit jantung. DHA sendiri dibuktikan berfungsi untuk menurunkan paras triglyseride dalam darah.

    -Rheumatoid arthritis/Radang sendi.

    Terdapat penyelidikan menunjukkan EPA dan DHA boleh mengurangkan kesakitan sendi dan kekebasan. Omega-3 juga meningkatkan keberkesanan ubat anti inflammatory.

    - Depression/Kemurungan.

    Penyelidik berpendapat budaya mengambil makanan
    yang tinggi dengan Omega-3 boleh merendahkan tahap kemurungan. Minyak ikan dikatakan boleh mengurangkan simptom kemurungan bagi pesakit bipolar.

    - Prenatal health/Kematian janin dalam
    kandungan.

    DHA dikatakan memainkan peranan penting untuk
    pembentukan visual dan otak janin dalam kandungan. Kekurangan DHA ketika hamil boleh menyebabkan pembentukan janin yang tidak sempurna di mana meningkatkan risiko kecacatan bayi dan kematian janin dalam kandungan.

    - Asthma/Lelah.

    Bukti menunjukkan pemakanan yang tinggi dengan
    Omega-3 boleh mengurangkan risiko lelah. Penyelidikan diteruskan untuk membuktikan bahawa Omega-3 juga boleh meningkatkan kesihatan peparu. Pengambilan Omega-3 boleh mengurangkan pengambilan dos ubatan hospital.

    - ADHD. Attention deficit hyperactivity disorder/
    Kanak-kanak hyperactive.

    Penyelidikan menunjukkan pengambilan minyak ikan di kalangan kanak-kanak boleh menurunkan simptom ADHD dan meningkatkan fungsi otak mereka.

    - Alzheimer’s disease and dementia/Penyakit
    Alzheimer dan nyanyuk.

    Walaupun tiada bukti kukuh, namun penyelidik percaya Omega-3 boleh melindungi warga emas dari penyakit Alzheimer dan kenyanyukan. Penyelidikan terkini menunjukkan DHA amat bermanfaat untuk mengurangkan masalah ingatan yang berkaitan dengan penuaan.

    Omega-3 boleh didapati dari ikan laut dalam seperti salmon dan tuna, kekacang dan telur.Shaklee juga ada produk Omega3 yang dijamin berkualiti tinggi.Nak tahu lebih lanjut, klik OMEGAGUARD by SHAKLEE


0 comments:

Post a Comment